Bismillahirahmanirahim
Dengan rasa rendah diri...
Dengan rasa bersalah sebab dah lama tidak membuka blog yang berhabuk..
Saya bukanlah Blogger yang tegar..Tetapi saya suka akan mencurhat...
Siapa yang suka baca TQ TQ, if ada juga yang tidak suka pun saya ucapkan TQ TQ..
Too much happened in a few years back.. (eh bahasa omputeh lak kluar) ^_^
It is New Chapter for this Blog for 2017...
New chapter begin as well in my life..........
A lot things was changed and was happened in a second
Everything is in Allah SWT planning.
“La Hawla Wa La Quwwata illa BillAhil Aliyyil Azeem”
"Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah."
Kehidupan ini ada dua pilihan, memilih untuk menjadi baik atau tidak baik, menjadi yang dulu atau pun menjadi seseorang yang sentiasa ingin berubah menjadi yang terbaik. Kadang kala kehidupan dan ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT berikan banyak pengajaran dan hendaklah berubah dan semakin diberikan ujian semakin dekat kita dengan ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita ini nama sahaja hamba tapi lupa akan kebergantungan it sepatutnya hanya kepada yang SATU iaitu hanya dengan ALLAH SWT. Jangan ketika diberikan ujian dan dugaan barulah terkapai-kapai mencari Tuhan untuk mengadu.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.." (Al-Baqarah: 286)
Semakin meningkat umur, semakin lama ALLAH SWT pinjamkan nyawa dan kehidupan sebagai manusia ini, semakin banyak ujian akan mendatang. Semua ini adalah hadiah dari ALLAH SWT. Ujian yang diberikan adalah nikmat kehidupan sebenar sebagai seorang hamba. ALLAH SWT telah berfirman dan jelas dinyatakan dalam Al Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. ALLAH SWT mengetahui hamba-Nya kuat dalam menempuhi dan menghadapi setiap ujian yang DIA berikan. Oleh itu, ALLAH SWT memberikan ujian tersebut bagi hamba-Nya yang terpilih. Betapa ALLAH SWT menyayangi hamba-Nya, UJIAN itu adalah hadiah yang terbaik dari Ya Rabb sebab Janji ALLAH SWT itu pasti disetiap ujian, dugaan atau kesusahan pasti ALLAH SWT berikan hadiah yang hebat setimpal atau lebih dari yang kita bayangkan.
ALLAH SWT menguji hamba-Nya bukan kerana ALLAH SWT benci akan hamba-Nya, ada banyak asbab. Percayalah ALLAH SWT menguji kita kerana DIA sangat kasih akan kita sebagai hamba-Nya. Cuma kita sebagai hamba-Nya adakalanya lupa dan tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi Ujian-Nya. Hakikatnya, saat kita sedang mengecapi bahagia, sebenarnya kita lupa akan ada lagi diluar sana berjuta manusia yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai penderitaan. Bersyukur lah dengan setiap ujian yang diberikan. Setiap kehilangan yang diuji adalah sementara, sesungguhnya semua apa yang kita perolehi adalah Pinjaman Semata-mata. Berusaha, sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH SWT dengan melakukan ibadah, istiqomah, Redha dengan apa sahaja yang diberikan, mohon Redhanya ALLAH SWT dan selepas itu Tawakal. Sentiasa bermuhasabah diri. Sebenarnya dengan ujian yang diberikan adalah golongan hamba-Nya yang Beruntung. Mengapa saya katakna begitu? kerana ujian hanyalah diberikan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya yang Terpilih sahaja. Hamba-HambaNya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa akan bersama-sama ujian itu juga ada Pertolongan dari ALLAH SWT seperti mana yang dinyatakan dalam Al-Quran.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" : (Al-Baqarah: 214).

Manusia seringkali lupa akan lumrah sebenar sebagai seorang hamba. Tatkala melayari kehidupan kebahagiaan yang ALLHA SWT berikan kita lalai dan leka akan hakikat, bahwa kita hanyalah HAMBA. Jadi apakah cara untuk, ALLAH SWT membangunkan hambaNya yang lalai ini, iaitu bangunkan dengan UJIAN. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang. Namun, harus diingatkan tidak semuanya yang lalai dan alpa sahaja diberikan ujian, namun sesiapa hambaNya yang ISTIMEWA iaitu pilihanNya dan dikasihiNya juga menerima ujian yang bertubi-tubi dan maha hebat, iaitu sepertimana kita tahu akan ujian diberikan kepada Baginda Rasulullah Saw dan para sahabat baginda juga diberikan ujian yang cukup hebat. Semua kerana ALLAH SWT kasih akan kekasihNya Nabi Muhammad Saw dan siapa yang akan bersama baginda iaitu dengan habuan syurga milik mereka kelak. Semua ALLAH SWT sangat kasihi. HADIAH yang diberikan ini dikirimkan oleh ALLAH SWT adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut: 2)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut: 2)
Dengan itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah ada dalam fikiran kita, beristghfar lah meminta keampunan. Saya juga adalah hamba-Nya yang hina dan juga pendosa yang tidak lari dari berbuat kesilapan dan dosa, semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita. Jika disaat anda diuji, semua itu sesungguhnya Hadiah, dan bersyukur lah dan berbahagialah kita akan ujian yang diberikan.
Move ON
Keep on DOA
Keep on USAHA
Keep on Istiqomah
Keep on Tawakal
D.U.I.T
Keep on DOA
Keep on USAHA
Keep on Istiqomah
Keep on Tawakal
D.U.I.T
Hiduplah ada ALLAH SWT sentiasa dalam Hati dan Kehidupan dalam setiap perbuatan bergantung harap hanya pada ALLAH SWT,
Ya Rahman Ya Rahim
Eh eh... kalau dah FKY menaip ketik ketik ketuk ni lancar jak jari jemari bergerak dan pantas sahaja otak ni terjana, maka tenaga pun semakin membara.. kalau lah semangat ini sama dengan semangat untuk buat tesis kan best. ^_^ hahahahha. Sebenarnya FKY tengah mencari kekuatan untuk Mengarang TESIS. FKY agak malasss, tidak tahu kemana kerajinan FKY sebelum ni. Berharap bahawa terbitnya POST baru dalam BLOG FKY yang hampir musnah ni sebab habuk yang bertimbun ini, menjana tenaga dan memberikan semangat yang luarbiasa untuk FKY ni melunaskan TESIS FKY yang berapa bulan sudah tertanam, satu ayat pun belum membuahkan hasil. Salah benih dan cara siraman kali ni kan.. hihihii. OK ada sedikit semangat untuk mengarang CHAPTER 1-3. Kita stop disini.
apa sahaja tidak baik datangnya dari FKY dan yang baik semuanya datangnya dari ALLAH SWT.
Segala puji hanya bagi ALLAH SWT.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Sollu a'ala Sayyidina Muhammad
- Aku hanya Insan Biasa, Aku bukan Pari-Pari Luarbiasa -

Comments
Post a Comment